Friday 2 March 2018

Ujian Allah.. apa hikmahnya?


Ujian itu tandanya Allah sayang…
Allah tak akan menguji hamba-NYA lebih dari kemampuan hamba-NYA..

Itulah kata-kata yang selalu kita dengari, selalu kita perkatakan dan juga selalu kita dinasihatkan setiap kali kita ditimpa sesuatu.. Ya, benar! Memang ujian itu tandanya Allah sayang.. tapi ya la, kita manusia biasa… selalu ja tak sabar untuk mengetahui kenapa ditimpa masalah itu, apa hikmahnya, apa sebabnya? Macam2 soalan lagi la yang keluar... pada aku soalan2 tu biasa, semua orang akan tanyakan soalan yang tanpa sedar atau tidak. Sedikit sebanyak pasti juga akan bertanya.. walaupun mulut cakap tak apa..ini ujian Allah, pasti ada hikmah-Nya.. tapi at the end of the day, bila keseorangan, akan timbul jugak soalan2 tu.. hehe… pastila kan, lumrah manusia biasa..

Tapi sebenarnya memang betul.. Ujian itu tandanya Allah sayang.. sebabnya, pada aku, apabila ujian datang, Allah memberikan peluang kepada kita untuk bangkit atau sedar dari kelalaian kita.. dan, juga mungkin Allah sedang memberi peluang kepada si pendosa itu  untuk menyucikan dirinya dan bertaubat.

10 tahun yang lalu, Aku pernah melalui zaman kegelapan yang aku rasa aku terlalu bodoh dan begitu hina sekali disisi-NYA setiap kali aku mengingati kembali masa2 yang lalu. Tapi Allah berikan ujian untuk menyedarkan kembali diri aku yg lalai ini.. Waktu tu, biasala, berbagai soalan (seperti diatas) timbul.. sampaikan 6 bulan berendam air mata dek kerana ujian Allah itu.. tapi di saat aku menulis ini, aku memang betul2 merasai betapa bersyukurnya aku kerana datangnya ujian Allah itu pada aku.. Sebab kalau bukan kerana ujian Allah itu, aku mungkin lebih hanyut dalam kelalaian aku sendiri sampai aku lupa yang Allah sentiasa melihat..

Dan di saat ini, aku ditimpa lagi musibah… aku anggap ini adalah ujian kecil untuk aku.. dan perkara yang sama aku lakukan, bertanya soalan2 yang sama.. kenapa jadi begini? Jatuh sikit aje kan, kenapa sampai cuti berminggu2? Kenapa sampai kena extend studies? Kenapa Ya Allah? Apa ini ujian atau musibah? Apa dosa yang aku dah lakukan? Banyak sangat soalan yang keluar, especially bila tak tahan sakit.. rasa macam nak marah, tapi tak tahu nak marah kat sapa.. terasa diri menyusahkan, membebankan semua orang.. aku tak nak jadi bebanan, kenapa Kau uji aku macam ni?

Tapi, Alhamdulillah.. 
Di saat aku menulis ini, aku lebih yakin dan menerima ujian ini… aku tahu bahawa Allah sedang memberikan aku peluang untuk aku berehat dan ruang untuk aku berfikir tentang apa yang sebelum aku ingin fikirkan tapi tak berkesempatan sebab terlalu sibuk.. Aku sibuk sebagai pekerja, aku sibuk sebagai pelajar, aku sibuk sebagai anak, aku sibuk kononnya nak capai impian aku untuk mengembara… tapi aku lupa yang aku juga harus sibuk menjadi hamba-Nya.. sekarang Allah dah postpone kan aku dari menjadi pekerja dan pelajar… dan ya, aku tahu Allah sangat menyayangi aku sebab tu dia berikan aku peluang untuk berehat dari menjadi pekerja dan pelajar, dan berikan aku lebih masa untuk mengingati-NYA. Solat pada-Nya, baca Al-Quran.. dapat duduk bersama2 temankan mak sepanjang hari.. dan dapat rehat secukupnya.. walaupun perit jugak menahan sakit, tapi ya, ada jugak kelebihannya.. 

So, aku tahu aku harus menikmati saat2 rehat ini sebaiknya sebelum aku memulakan kembali rutin aku.. tapi aku sangat berharap selepas ujian ini, aku bukan lagi diriku yang dulu.. aku harus kembali dengan semangat yang baru.. semoga aku akan memulakan kehidupanku yang baru.. 

Ya, ALLAH! Terima kasih! Moga aku akan terus istiqamah dan menerima ujian ini dengan hati yang terbuka..

“Allah tidak menguji hamba-hamba-Nya di luar kesanggupan. Dan, mereka punya doa sebagai senjata yang memungkinkan kemustahilan. (330)” 
― Asma NadiaAssalamualaikum, Beijing!

Love, 
IxoraSunkist
2-Mac-18 @ 11.45pm

Monday 26 February 2018

Sekali lagi..


Hurm… how am I supposed to start this?
I need to change, but how?
Nak start dari mana yerr?

Itula yang selalu bermain dalam fikiran aku.. sentiasa berfikir, aku perlu buat sesuatu supaya aku jadi lebih berani.. aku perlu katakan apa yang aku ingin katakan. Aku tak bodoh.. Cuma aku tak yakin yang kata2 aku akan didengari atau tidak.. aku takut! Ya,  rasanya itu la yang sebenarnya, yang aku rasakan.. yang sentiasa menghalang aku dari berkata-kata dan menyuarakan pendapat aku.. walaupun, sebenarnya tanpa aku sedari, kata kata aku pernah menjadi sesuatu yang berguna pada orang lain.

Aku tak pandai sangat menulis atau berkata-kata, tetapi, kadang2 aku ingin meluahkan sesuatu dan didengari oleh orang lain… aku ingin menyampaikan sesuatu yang selalu bermain di fikiran ku… aku sebenarnya suka memberikan pendapat, nasihat, berkongsi pengalaman dengan orang lain.. sampaikan aku dipanggil “cikgu kaunseling” oleh adik2 ku di office disebabkan aku suka mendengar masalah mereka, dan aku selalu jadi orang pertama mendengar keluhan atau masalah masing2.. kadang2 sampaikan aku tersepit diantara kawan dan kerja, dan bila ianya berlaku, aku terpaksa memikirkan cara yang baik untuk keduanya dan  tidak menyebelahi mana2 pihak..  walaupun ada jugak kesukaran especially bila berada dalam keadaan “tersepit” tu, tapi keadaan itulah membuatkan aku lebih matang dan lebih bijak dalam membuat keputusan..

Dan, disebabkan itulah, aku terasa macam nak try untuk blogging semula walaupun ini bukan lah “percubaan pertama”.. aku ingin share pengalamanku, perasaanku, pendapatku dan apa sahaja yang boleh dijadikan panduan atau pengajaran.. maybe dengan cara menulis, walaupun mungkin tidak ada sesiapa pun yang membacanya, aku rasa jadi lebih matang dan mungkin cara ini akan membawa satu perubahan kepada ku.. who knows, kan?

Lagipun, aku masih ada 3 minggu untuk habiskan medical leave dan aku rasa aku harus gunakan peluang yang Allah bagi ini untuk sesuatu yang berfaedah.. dan, rasanya, ini mungkin adalah satu cara yang baik untuk aku cuba.. tak cuba kita tak akan tahu kan… jadi, aku kembali mencuba untuk membuka kembali blog “ixorasunkist.blogspot.my” ini.. ☺ lagipun, aku juga ingin tahu apa kesudahannya.. samada, ini akan jadi titik permulaan yang baru untuk aku, ataupun akan sama seperti yang percubaan yang sebelum2nya..

Working on new projects gives you the opportunity to learn and absorb new things - Michelle Ryan

Love,
IxoraSunkist
26th Feb 2018 / 4.50pm

Tuesday 31 May 2016

Percubaan Pertama

Percubaan pertama.. 

Ya.. ini percubaan pertamaku.. Tetapi, ini bukanlah kali pertama aku mencuba untuk ber "blogging"... Rasanya sudah berkali kali aku mencuba tetapi akhirnya berhabuk jua...

Jadi, kenapa aku katakan ini adalah percubaan pertama? Kerana ini adalah percubaan pertama untuk aku mencari kelainan yang mungkin ada dalam diri aku ni... Who knows kan maybe I have some hidden talent ker..? Heee... Tetiba berangan jadi penulis yg tersohor pulak..hihi.. Well, we'll never knew until we try, right?
Start where you are. Use what you have. Do what you can
~ Arthur Ashe
So, disinilah permulaannya dan moga moga aku dapat mencapai yang aku telah rancangkan dan impikan... As what C.S. Lewis said:
You are never too old to set another goal or to dream a new dream...
"Ready, Steady and GO!!!"

Love,
IxoraSunkist