Monday 26 February 2018

Sekali lagi..


Hurm… how am I supposed to start this?
I need to change, but how?
Nak start dari mana yerr?

Itula yang selalu bermain dalam fikiran aku.. sentiasa berfikir, aku perlu buat sesuatu supaya aku jadi lebih berani.. aku perlu katakan apa yang aku ingin katakan. Aku tak bodoh.. Cuma aku tak yakin yang kata2 aku akan didengari atau tidak.. aku takut! Ya,  rasanya itu la yang sebenarnya, yang aku rasakan.. yang sentiasa menghalang aku dari berkata-kata dan menyuarakan pendapat aku.. walaupun, sebenarnya tanpa aku sedari, kata kata aku pernah menjadi sesuatu yang berguna pada orang lain.

Aku tak pandai sangat menulis atau berkata-kata, tetapi, kadang2 aku ingin meluahkan sesuatu dan didengari oleh orang lain… aku ingin menyampaikan sesuatu yang selalu bermain di fikiran ku… aku sebenarnya suka memberikan pendapat, nasihat, berkongsi pengalaman dengan orang lain.. sampaikan aku dipanggil “cikgu kaunseling” oleh adik2 ku di office disebabkan aku suka mendengar masalah mereka, dan aku selalu jadi orang pertama mendengar keluhan atau masalah masing2.. kadang2 sampaikan aku tersepit diantara kawan dan kerja, dan bila ianya berlaku, aku terpaksa memikirkan cara yang baik untuk keduanya dan  tidak menyebelahi mana2 pihak..  walaupun ada jugak kesukaran especially bila berada dalam keadaan “tersepit” tu, tapi keadaan itulah membuatkan aku lebih matang dan lebih bijak dalam membuat keputusan..

Dan, disebabkan itulah, aku terasa macam nak try untuk blogging semula walaupun ini bukan lah “percubaan pertama”.. aku ingin share pengalamanku, perasaanku, pendapatku dan apa sahaja yang boleh dijadikan panduan atau pengajaran.. maybe dengan cara menulis, walaupun mungkin tidak ada sesiapa pun yang membacanya, aku rasa jadi lebih matang dan mungkin cara ini akan membawa satu perubahan kepada ku.. who knows, kan?

Lagipun, aku masih ada 3 minggu untuk habiskan medical leave dan aku rasa aku harus gunakan peluang yang Allah bagi ini untuk sesuatu yang berfaedah.. dan, rasanya, ini mungkin adalah satu cara yang baik untuk aku cuba.. tak cuba kita tak akan tahu kan… jadi, aku kembali mencuba untuk membuka kembali blog “ixorasunkist.blogspot.my” ini.. ☺ lagipun, aku juga ingin tahu apa kesudahannya.. samada, ini akan jadi titik permulaan yang baru untuk aku, ataupun akan sama seperti yang percubaan yang sebelum2nya..

Working on new projects gives you the opportunity to learn and absorb new things - Michelle Ryan

Love,
IxoraSunkist
26th Feb 2018 / 4.50pm